Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati manusia ialah:
PemarahPaling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang ..(siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja..bawak-bawaklah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punya..)
PendendamTersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti hati sakitkan atau tempelak orang yang didendami itu.
Hasad DengkiAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. Ramai juga hafiz/ah yang ada sikap ini sesama sendiri.
BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
TamakOrang yang tidak puas hati dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.. walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak..lagipun orang tamak selalu rugi.. hak milik kita hanyalah apa yang kita telah makan & pakaian yang kita pakai sehingga lusuh & ilmu yang kita curahkan pada orang lain. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan .
Tidak Sabar“Nafsu itu menjadikan Raja itu hamba & sabar itu menjadikan hamba itu Raja.”
EgoSikap bangga diri di kalangan hafiz/ah sering mebuatkan dia sering merendahkan kegiatan - kegiatan dakwah & hanya banggakan Al-Quran yang masyi dalam ingatannya.
RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika ia dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dengan apa yang kita ada.. ramai dikalangan kita yang riak dengan dirinya yang masyi Al-Quran. Ingatlah! Allah akan menarik nikmat itu daripada kamu seandainya kamu menyalahgunakannya.
Cinta DuniaTidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana apabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu, bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/ah.. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KesimpulanJadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukan secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya . Tetapi ialah MAZMUMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, maka ia tidak BAHAGIA.. sama ada bermujahadah atau biarkan sahaja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah, kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
Ramai dikalangan hafiz yang bangga kerana dirinya bergelar huffaz. Walhal mereka tidak mengamalkan isi Al-Quran bahkan sanggup melakukan kemungkaran.. SEDARLAH! Kelebihan yang Allah beri kepada kita itu akan membuatkan kita lebih banyak melakukan maksiat & berpeluang untuk memenangi tiket percutian ke NERAKA! Ada juga spesis semut yang Allah jadikan sayap pada badan mereka. Semut yang mempunyai sayap berbangga kerana mampu terbang ke sana sini. Tatkala ia melihat kemilau cahaya mentol berkejarlah mereka menghampirinya . Akhirnya kerana terlalu terpesona dengan keindahan cahaya tersebut, ia merapatkan badannya pada mentol dan akhirnya mati kerana kepanasan. Begitu jualah kita yang Allah lebihkan dengan Al-Quran (hafal tapi tak amal) sebenarnya membuatkan kita lebih tidak rasa berdosa untuk melakukan maksiat kerana kelebihan yang ada pada diri kita. Cuba teliti hati kita, hafal semua Kalam Allah, namun sejauh mana kita mengamalkannya. Ada dikalangan sahabat kita yang tonton video lucah, merokok, couple, dating dan kemungkaran yang tak sepatutnya terdapat dikalangan kita. Sekalipun kita tidak melakukannya tapi adakah kita sensitif terhadapnya?? Sama-samalah kita muhasabah diri kita wahai penghafal Kalamullah.. balik kampung biarlah jadi sinar pada masyarakat, janganlah menjadi onar dengan menjadi sampah masyarakat!
0 comments:
Post a Comment