InshaAllah..

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way


Everytime you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

InshaAllah x3

InshaAllah you’ll find your way

InshaAllah x3

InshaAllah you’ll find your way


Turn to Allah

He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only that showed me the way

Showed me the way x2

InshaAllah x3

InshaAllah you’ll find your way


Song & Lyric: Maher Zain

Cebisan Kenangan Bakti Huffaz 2010

Majlis Penyerahan Keluarga Angkat Banin


Majlis Penyerahan Keluarga Angkat Banat


Mengisi beras pulut ke dalam lemang


Bergambar bersama sebelum membakar lemang


Beramah mesra bersama penduduk kampung


Forum Perdana " Baldatun Thoiyyabatun Wa Rabbun Ghafur"



Peserta Banin bergambar bersama keluarga angkat masing-masing

Peserta Banat bergambar bersama keluarga angkat masing-masing






Diari Bakti Huffaz 2010 (Siri 1)

28 SEPTEMBER 2010 ( SELASA )

Pengenalan

Keheningan pagi mendamai suasana syahdu yang menghiasi panorama indah yang terbentang di sebalik tasik Darul Quran yang menyimpan 1001 khazanah warisan Ilahi. Beburung berkicauan segar menebar sayap ke serata pelosok dunia demi mencari sesuap makan. Dedauan yang berguguran tidak pernah henti melambai angin kedamaian yang menyentuh lembut jasad para huffaz yang kelihatannya masih dalam persiapan menempuh hari baru. Kelihatan mentari pagi masih tersipu-sipu malu memperlihatkan wajahnya yang mampu menebar cahaya kebahagiaan ke santero dunia Yang Maha Pencipta. MasyaAllah, sungguh penciptaan Allah ternyata membuktikan kekuasaanNya yang Maha Agung melalui penciptaan langit dan bumi dan segala isinya. Syukur ku panjatkan kepadaMu atas segala nikmat yang telah kau kurniakan kepadaku selaku hambaMu yang hina disisi TuhanNya.

Darul Quran JAKIM sekali lagi mencatat sejarah tahunannya melalui sebuah program anak angkat yang bakal membuka tirainya bermula hari ini sehinggalah 3 Oktober beberapa hari lagi. Program yang dikenali sebagai Bakti Huffaz 2010 telah menampilkan seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada 50 peserta banin dan 44 peserta banat serta diiriingi oleh 2 orang pegawai Darul Quran. Antara tujuan utama Bakti Huffaz ini diadakan adalah untuk memperluaskan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat global dan mengaplikasikan konsep amar ma’ruf nahi mungkar dalam konteks kemasyarakatan.

“Baldatun Thoiyyabatun Wa Rabbun Gahffur” iaitu Negara yang baik dan sejahtera mendapat keampunan Allah S.W.T merupakan tema Bakti Huffaz kali ini dianjurkan dalam usaha mendekati masyarakat luar sebagai langkah pertama mengenali realiti kehidupan masyarakat sebelum tiba saat dan ketikanya ujian kehidupan benar-benar dipikulkan ke atas bahu kita.

Program Bakti Huffaz kali ini telah membawa kami mengenali masyarakat peneroka di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Walaupun tidak sebanding tempat-tempat menarik yang pernah diadakan sebelum ini seperti Pulau Perhentian, Terengganu dan Kota Kuala Muda, Kedah namun tempat yang dipilih kali ini sudah cukup memuaskan hati ditambah dengan keramahan penduduk tempatan yang sudi menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka.

Sebanyak 22 buah rumah disediakan kepada para peserta. 11 buah rumah daripadanya diperuntukkan untuk peserta lelaki manakala 11 buah yang lain adalah untuk peserta perempuan. Seramai 4 orang peserta ditempatkan dalam sebuah rumah yang didiami. Walaubagaimanapun seramai 6 orang daripada kalangan urusetia terpaksa menetap di dewan operasi GPW tanpa keluarga angkat semata-mata untuk melakukan perancangan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Sesungguhnya pengorbanan dan usaha mereka amat dihargai serta dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Bertolak ke Felda Gedangsa

Pagi itu, semua urusetia dan peserta sibuk mengemas diri dan barang masing-masing sebelum berangkat ke destinasi. Tepat jam 8.30 pagi, kebanyakan peserta mula memenuhi ruang dataran Masjid Darul Quran sambil menanti kedatangan bas yang bakal membawa mereka ke Felda Gedangsa. Sarapan yang bermenukan Bihun Goreng telur mata amat menyelarakan semua peserta yang kemas dan lengkap berpakaian koporat Bakti Huffaz. Kilauan sinar keriangan jelas memancar daripada riak wajah peserta yang kelihatannya tidak sabar menerima ibu dan bapa angkat di felda nanti. Taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras program sebagai persediaan dan makluman terdekat untuk tentatif yang bakal berlaku seterusnya. Selang beberapa minit kemudian, 2 buah biji bas telah pun tiba diperkarangan masjid untuk mengambil para peserta. Beberapa kenderaan turut mengiringi perjalanan termasuklah kereta, van, dan motor sebagai memudahkan kegunaan pengangkutan di felda nanti.

Perjalanan hanya mengambil masa selama satu jam setengah melalui tanjung malim dan behrang berikutan keadaan cuaca dan trafik yang agak baik dan terkawal walaupun kemalangan jalan raya sukar dielakkan. Setibanya, di persimpangan Balai Polis Behrang, kami terpaksa melalui jalan raya yang agak sempit dan berbukit. Sunnguhpun begitu, bas yang kami naiki masih gagah meredahi segala cabaran yang merintangi sehinggalah tiba di Felda Gedangsa. Keadaan di sana kelihatan tenang sekalipun masih kedapatan beberapa peniaga yang tetap berjualan di pekan hari berdekatan Dewan GPW Felda Gedangsa yang merupakan tapak majlis perasmian bakal berlangsung.

Majlis Perasmian

Setelah selesai mengemas dan menempatkan barang di tempat yang disediakan para peserta mula diarahkan untuk menyusun kerusi dan mengangkat meja sebagai persediaan untuk Majlis Perasmian yang bakal mengundang beberapa VIP. Antaranya adalah seperti Ustaz Abdul Kodir Bin Sallah,Timbalan Pengarah Darul Quran (Pendaftar), En. Idris Bin Mohd Yan, Pengurus Felda Gedangsa, Md Aziz bin Kassim, Ketua Balai Polis Gedangsa, Puan Norhapipah Binti Abu Hanif, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa di samping YDP PERKEMAT DQ dan Pengarah Program Bakti Huffaz 2010. Turut diraikan juga adalah ibu dan bapa keluarga angkat yang sudi menerima kehadiran kami menjadi anak angkat masing-masing.

Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis diikuti ucapan Akh Fakhrur Ridzwan, YDP PERKEMAT DQ dan seterusnya ucapan daripada Pengurus Felda Gedangsa. Pelbagai amanat berguna telah disampaikan oleh kedua mereka disamping memperkenalkan persatuan di Darul Quran dan Felda Gedangsa kepada semua yang hadir. Justeru adalah menjadi harapan kita semua agar program yang dirancangkan berjalan lancar dan bermanfaat untuk semua.

Ucapan berikutnya sekaligus merasmikan majlis Perasmian Bakti Huffaz 2010 ialah Ustaz Abdul Kodir Bin Sallah selaku wakil Pengarah Darul Quran yang tidak dapat hadir berikutan beberapa urusan penting yang harus diselesaikan. Kelembutan kata-katanya jelas mempesonakan para hadirin khususnya yang terdiri daripada ibu dan bapa angkat yang begitu terkesan dengan beberapa kalimah yang dituturkan. Berikut, merupakan acara yang dinantikan oleh para peserta, iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Rona-rona kebahagian jelas terpancar dari redup wajah sebuah keluarga yang baru tercipta berkat jalinan kasih seorang anak angkat bersama ibu dan bapa angkatnya yang baru.

Tepat jam 12 tengahari, majlis perasmian dan penyerahan anak angkat telah pun selesai. Setelah menjamu sedikit santapan ringan yang disediakan oleh pihak Felda, masing-masing telah pulang ke kediaman ibu bapa angkat dengan menaiki kenderaan yang dibawa. Ada yang jauh, ada yang dekat dan tidak kurang juga yang masih menetap terus di dewan operasi. Setelah melepaskan lelah dan penat di rumah keluarga masing-masing, semua peserta diminta berkumpul di Masjid Al-Makmur, Felda Gedangsa bagi mengerjakan solat Zohor secara berjemaah. Walau bagaimanapun, majoriti dikalangan peserta berjemaah bersama keluraga angkat di rumah masing-masing kerana waktu yang singkat di antara saat ketibaan di rumah dan masuknya waktu zohor. Semoga perkenalan pertama ini, bakal menjadi titik mahabbah dalam usaha menjalinkan tautan hati dan keberlangsungan dakwah walau di mana jua kita berada.

Taaruf Bersama Keluarga Angkat

Usai mengerjakan solat zuhur berjemaah, maka secara tidak langsung proses taaruf iaitu saling mengenali antara anak dan ibu bapa angkat bermula. Masing-masing bertanyakan khabar dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara kedua belah pihak. Perkenalan semakin rancak apatah lagi ketika disajikan dengan sajian tengahari yang meyelerakan terutama bagi mereka yang merindui masakan kampung.

Antara menu yang disajikan adalah seperti sambal ikan bilis, petai, sambal pedas, ikan goreng, sayur tauhu dan pelbagai makanan lain yang membuka selera sesiapa sahaja yang menyantapnya. Topik-topik perbualan seringkali menyentuh dari sudut kekeluargaan, pengalaman dan pengetahuan sebagai perkongsian di antara kedua belah pihak. Maka inilah, yang dinamakan sebagai keberlangsungan dakwah yang berlaku dalam hubungan sesebuah keluarga.

Selesai berbual panjang dan berkongsi pengalaman, kami mengambil kesempatan daripada sedikit masa terluang sebelum asar untuk melabuhkan diri di pembaringan yang agak lumayan. Alhamdulillah, kerana ramai di kalangan keluarga angkat dapat menyediakan bilik yang mampu menampung jumlah anak angkat dan selesa untuk didiami. Selang beberapa minit, kami segera bersiap untuk menunaikan solat asar berjemaah di masjid.

Belajar Membuat Lemang

Setibanya di rumah setelah habis mengerjakan solat asar berjemaah, kami segera menukar pakaian sebagai persediaan gotong-royong membuat lemang di perkarangan Dewan GPW. Kebanyakan peserta baik yang lelaki mahupun perempuan telah turun bersama-sama di samping mempelajari bagaimana cara memasak lemang secara langsung. Setelah buluh terbaik dipilih, diperiksa, dipotong dan dibasuh maka langkah seterusnya adalah memasukkan daun pisang ke dalam setiap batang buluh yang disediakan untuk pembakaran lemang. Daun-daun pisang tersebut hendaklah dipotong dengan teknik khas mengikut saiz buluh yang hendak dimasukkan supaya bersesuaian dengan kepanjangan buluh dan memudahkan proses kemasukan beras pulut ke dalamnya.

Kerjasama yang erat telah dipamerkan oleh penduduk kampung dan para peserta melalui proses membuat dan membakar lemang di samping bersenda gurau agar dapat saling mengenali antara satu sama lain. Keadaan mula kembali lengang saat mentari mula melabuhkan tirainya menyingkapi sinar jingga yang kelihatan tegar di dada langit. Masing-masing pulang ke rumah bagi menyiapkan diri sebelum bersedia untuk solat maghrib di masjid secara berjemaah serta mendengar kuliah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Firdaus Bin Rosli berkisar tentang tajuk “Islam Sebagai Cara Hidup”.


29 SEPTEMBER 2010 ( RABU )

Gotong Royong Aidilfitri

Kami sudah pun selesai bersarapan pagi di rumah keluarga angkat masing-masing. Bermenukan nasi lemak beserta kuih muih yang pelbagai menjadi pembuka selera kami pagi itu. Selesai bersiap untuk ke acara seterusnya, kami menderu motorsikal yang dipinjamkan keluarga angkat ke Dewan GPW bagi menjalani aktiviti seterusnya. Pada sebelah petang tersebut, akan diadakan sebuah majlis jamuan aidilfitri gabungan kerjasama daripada dua penganjur besar iaitu daripada Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dan pihak pengurusan FELDA.

Maka dengan itu, atas inisiatif daripada pihak penyelaras program, telah diadakan acara gotong royong aidilfitri yang mengggabung jalin seluruh tenaga dan kudrat para peserta dan seluruh penduduk kampung. Pelbagai kerja harus diselesai dan diselenggarakan untuk kemudahan ketika majlis berlangsung. Baik yang tua mahupun muda turut sama berganding bahu dalam acara tersebut bagi meringankan kerja yang perlu dilakukan. Kecekalan dan kerajinan jelas terserlah pada bibit-bibit kemesraan yang tercipta dalam gotong royong tersebut lantas mengikat tali persaudaraan dikalangan sesama muslim.

Sebagai permulaan, kami diminta untuk menyusun kerusi dan meja di bawah kanopi yang disediakan untuk kegunaan para hadirin yang bakal tiba petang ini. Meja yang disediakan untuk meletakkan juadah aidilfitri turut dihiasai dengan kain hiasan bagi menambah seri kecantikan dan keindahan ketika berlangsungnya majlis. Di sebelah kaum ibu pula, masih memenuhi ruang dapur demi menyiapkan beberapa juadah yang enak dan lazat buat santapan para hadirin. Dijangkakan ramai di antara tetamu kehormat yang tiba pada petang tersebut. Di antaranya adalah, para pensyarah daripada Darul Quran dan pihak pengurusan felda. Berkat kerjasama yang dipupuk dalam acara gotong royong tersebut telah mempercepatkan keberlangsungan kerja lantas mengurangkan kadar masa persiapan sekaligus memberi waktu rehat yang cukup untuk persediaan jamuan aidilfitri pada petang itu.

Majlis Jamuan Aildilfitri

Tepat jam 2.30 petang, majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada pengerusi majlis iaitu daripada kalangan peserta sendiri. Antara yang turut berucap dalam majlis itu adalah pengurus felda dan wakil daripada Darul Quran. Setelah selesai mengaminkan doa selamat, semua hadirin mula membanjiri kawasan penyediaan juadah aidilfitri baik di sebelah muslimin mahupun muslimat.

Berlatarkan muzik hari raya, suasana bertambah seri dengan aneka warna pakaian hadirin yang cantik dan kemas. Ikatan silaturahim bertambah erat dengan jalinan mahabbah yang dipamerkan oleh para peserta dan penduduk kampung yang ramah berbicara serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pelbagai perkara. Apa yang lebih menarik adalah tiada sekatan minda dan umur antara kedua belah pihak melainkan ikatan utuh yang kian terbina.

Pelbagai juadah turut disediakan umpamanya seperti Laksa, Bihun Goreng, Lemang dan Rendang. Cendol serta beraneka jenis minuman juga disediakan sebagai memenuhi citarasa penduduk kampung. Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan lancar dengan kehadiran ramai penduduk kampung dan kerjasama yang baik daripada semua. Hadirin mula beransur pada jam 4.00 petang.

Sukaneka Berkeluarga

Ba’da asar, kesemua peserta dan penduduk kampung diminta untuk berkumpul di padang yang berhadapan dengan dewan GPW. Petang ini, akan diadakan sukaneka berkeluarga yang melibatkan hampir semua golongan termasuk yang muda mahupun dewasa. Ramai kanak-kanak yang turun bagi menyertai pelbagai sukaneka ynag disediakan khusus oleh unit aktiviti.

Antara aktiviti atau sukan yang dipertandingkan adalah tarik tali berjemaah, bowling kelapa, pijak belon, sambut belon dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta dan penduduk. Anak-anak muda juga turut menyertai acara yang disediakan seperti perlawanan tarik tali yang menampilkan kompilasi terhebat di antara pasukan Darul Quran dan Felda Gedangsa.

Perlawanan tersebut begitu sengit apabila tali yang ditarik oleh penduduk felda mula mendekati tanda kemenangan namun dengan sepenuh kudrat dan daya usaha daripada peserta Bakti Huffaz Darul Quran akhirnya muncul sebagai juara perlawanan tarik tali tersebut. Seterusnya mereka bersalam-salaman antara kedua belah pihak bagi menjernihkan keadaan serta mengutuh kembali ikatan silaturahim. Tiada kecedaraan serius yang dialami oleh mana-mana pihak melainkan kepuasan dan kegembiraan yang dikecapi.


30 SEPETEMBER 2010 ( KHAMIS )

Bengkel Smart Solat dan Wudu’

Sebelum matahari menjelma dari ufuk timur, kami bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Al-Makmur Gedangsa walupun sebahagian daripada kami yang berjemaah di rumah keluarga masing-masing. Setelah itu, para jemaah khusyuk mendengarkan kuliah subuh yang disampaikan oleh akh Marwan Bukhari Bin A. Hamid selaku Exco Lajnah Dakwah dan Tarbiyah (LADAR). Kuliah yang bertajuk “Ibadah Bekalan Hidup Mukmin” disampaikan dengan penuh penghayatan walaupun masih kelihatan jemaah yang menguap beberapa kali.

Tepat jam 7.30 pagi, kesemua peserta mula memenuhi ruangan dataran GPW setelah bersarapan di rumah keluarga angkat masing-masing. Pagi ini, kami akan bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa yang terletak berdekatan bagi melanjutkan aktiviti yang dirancangkan. Aktiviti yang melibatkan sejumlah pelajar lelaki dan perempuan daripada tingkatan 1 dan 2 adalah Bengkel Smart Solat dan Wudu’.

Setibanya kami di perkarangan sekolah, pelbagai persiapan sedang dilakukan sebelum majlis perasmian bengkel dimulakan. Persiapan tempat baik daripada sudut teknikal, persegaran dan yang berkaitan sedang diatur oleh unit berkenaan dengan bantuan fasilitator daripada kalangan peserta Bakti Huffaz dan para pelajar yang terlibat dalam bengkel tersebut.

Selesai sahaja tempat dipersiapkan dan diperikasa secara sempurna daripada beberapa sudut maka majlis pembukaan dimulakan. Majlis dipengerusiakan oleh akh Muhamad Razif Bin Ahmad dengan menyampaikan kata-kata aluan dan diteruskan dengan ucapan beberapa tetamu kehormat termasuk pengetua sekolah tersebut iaitu Puan Norhapipah Binti Abu Hanif. Pelbagai nasihat dan panduan diberikan kepada semua peserta bengkel agar dapat memberikan kerjasama yang baik dengan fasilitator masing-masing. Para pelajar mendengar dengan begitu tekun begitu juga daripada kalangan fasilitator sendiri.

Bengkel Smart solat ini diketuai oleh akh Asyraf Bin Abd Rahman selaku Pengerusi Kelab Fasilitator Darul Quran (KEFDA) yang bertindak sebagai Motivator dalam bengkel ini. Slot pertama yang bakal menjadi hidangan pembuka bagi para perserta adalah “ice breaking” iaitu sebuah slot ringkas yang bertujuan untuk mendekatkan serta memperbaiki ukhwah para peserta sesama mereka sebelum beralih ke slot seterusnya. Ketika ini, beberapa aktiviti dilangsungkan menerusi slot ini dan kebanyakannya adalah daripada modul KEFDA sendiri. Tawa rianga jelas menghiasi redup wajah para peserta yang bersemangat untuk meneruskan program sebentar lagi.

Kemudiannya, para peserta bengkel dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut fasilitator masing-masing ke tempat yang disediakan. Setiap kumpulan mengandungi empat hingga lima orang peserta dan dipimpin oleh dua orang fasilitator. Para fasilitator yang dipilih daripada kalangan peserta Bakti Huffaz telah dibekalkan dengan beberapa modul untuk disesuaikan dengan slot yang perlu mereka kendalikan dalam kumpulan sekaligus memberi kefahaman yang jelas kepada peserta. Slot-slot berkenaan menyentuh perkara-perkara asas dalam agama seperti akidah menerusi modul hati akidah, ibadah menerusi slot tahsin solat dan wudhu’ manakala akhlak dari sudut pengaplikasiannya bersama fasilitator.

Setiap kumpulan memilih tempat yang bersesuian mengikut cita rasa masing-masing. Namun kebanyakannya, memilih kelas untuk meneruskan LDK selain wakaf dan ruang legar perhimpunan.

Masing-masing menggunakan kelebihan dan kemahiran yang dikuasai selain bantuan modul bekalan semasa bersama adik-adik. Perjalanan slot LDK berjalan lancar sehinggalah mentari memancar tegak di pertengahan ufuk langit. Ketika itu, para fasilitaor dan peserta dikumpulkan kembali di kantin sekolah sebelum meneruskan slot terakhir dan perasmian penutup.

Jam 12 tengahari, para peserta kembali memenuhi ruangan kerusi yang kosong di kantin. Sementara para koordinator sudah pun bersedia untuk slot terakhir. Akh Che Faizul memulakan sesi muhasabah yang kemudiannya diserahkan kepada akh Asyraf bagi meneruskan sesi tersebut. Pelbagai video ditayangkan dalam berbagai-bagai mesej yang ingin disampaikan semata-mata melahirkan keinsafan dalam diri adik-adik untuk mengislahkan diri ke arah yang lebih baik.

Antara video yang sangat menyentuh hati adalah video tentang ibu yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan anaknya sejak kecil hingga dewasa. Senario yang berlaku jelas memaparkan realiti kehidupan seorang ibu yang gigih memebesarkan anaknya tanpa seorang suami disisi. Walau ditatang dengan minyak yang penuh, masih ada anak-anak yang tegar menderhakai setulus kasih dari seorang ibu. Pepatah Melayu pernah mengibaratkan keadaan ini sebagai “kacang yang lupakan kulit” dan “susu dibalas dengan tuba”. Bersamalah kita hayati dan renungkan senadainya kita yang berada di tempat ibu..

Titisan jernih kelihatan mengalir deras dari kelopak mata adik-adik yang menghayati maksud di sebalik video tersebut. Semoga kepiluan yang mereka alami sekarang menjadi saksi keinsafan dan perubahan yang mereka akan lakukan selepas ini. Selesai sahaja slot muhasabah berlangsung, persamian penutup sekali lagi dilangsungkan bagi mengakhiri program kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa. Perjuangan kami tidak hanya akan berakhir di sini melainkan permulaan yang tiada berpenghujung demi memastikan keberlangsungan dakwah tetap terpelihara buat seluruh mad’u.

Sebelum berpisah, kami bersalaman dengan adik-adik dalam slot salam wida’. Baik yang lelaki mahupun perempuan bersalaman bersama urusetia dan fasilitator program agar tali ukhwah yang terbina makin erat dan tidak akan terputus buat selamanya. Di kesempatan itu, kami mengambil gambar bersama adik-adik sebagai kenangan yang terindah dan dimuatkan dalam diari Bakti Huffaz.

Perlawanan Persahabatan dengan Penduduk Kampung

Petang itu, penganjur program telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan sukan persahabatan dengan penduduk kampung dalam beberapa sukan tertentu seperti futsal di sebelah lelaki manakala bola baling dan bola jaring di sebelah perempuan. Beberapa orang peserta lelaki dan perempuan daripada kalangan peserta dipilih bagi menyertai perlawanan persahabatan tersebut.

Tidak ketinggalan, jaguh kampung daripada kalangan felda gedangsa turun bersama bagi memeriahkan suasana. Selang beberapa minit kemudian, wisel permulaan dibunyikan. Serentak dengan itu, kesemua pemain daripada kedua belah pihak mempamerkan skill masing-masing. Ustaz Anuar yang juga merupakan seorang pensyarah Darul Quran turut turun ke padang sebagai pemain bersama wakil Darul Quran yang lain. Permainan bertambah sengit dengan asakan pihak lawan yang menyumbat gol di awal permainan menjadikan mata pertama memihak kepada pasukan felda gedangsa. Asakan demi asakan terus berlaku dan terjahan padu daripada kedua belah pihak berlangsung tanpa menunjukkan sebarang riak keletihan.

Namun, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukan daripada felda gedangsa yang menguasai permainan dengan mata 4 berbalas 2. Sunnguhpun tewas kepada tuan rumah namun kami tetap berbangga dengan tahap kecekapan dan kemahiran pemian Darul Quran yang telah berusaha semaksima mungkin demi mempertahankan gawang gol daripada terus dibolosi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemain yang hebat-hebat belaka!

Dalam masa yang sama, kami melakukan persiapan di pentas GPW berikutan acara gilang-gemilang yang akan berlangsung pada malam ini. Bagi peserta lelaki, mereka ditugaskan untuk mengangkut serta menyusun kerusi di bawah khemah fleksibel kerana boleh diangkat ke tempat yang berdekatan. Manakala peserta perempuan diminta untuk menghiasi dewan dengan beraneka perhiasan yang sesuai dan bunga-bungaan sebagai penyejuk mata penambah seri di malam hari.

Acara kemuncak juga yang paling menarik perhatian ramai adalah acara tarik tali yang menampilkan pemain terhebat kedua belak pihak iaitu daripada pihak felda gedangsa, dan peserta Bakti Huffaz. Setelah kedua belah pasukan mengambil tempat masing-masing maka perlawanan pun dimulakan. Perlawanan yang sengit diperlihatkan oleh kedua belah pihak sehinggalah kemenengan menjadi milik felda gedangsa untuk pusingan pertama.

Pusingan kedua dimulakan setelah kedua belah pihak menukar tempat namun tidak mudah bagi felda gedangsa mengekalkan kejuaraan apabila pasukan Darul Quran berhasil merebut kemenangan daripada mereka. Seterusnya merupakan pusingan terakhir yang akan menentukan sipakah juara tarik tali yang bakal membawa pulang hamper yang telah disediakan. Di sebalik perlawana yang sengit sebentar tadi amat sukar untuk meramal siapakah yang bakal memenangi pusingan terakhir ini.

Selang beberapa minit kemudian, perlawanan terakhir dimulakan. Setelah kiraan 3 selesai maka masing-masing beradu tenaga demi memastikan kejuraan yang dimiliki kekal atau tewas pada pihak lawan. Riak kesungguhan terpamer jelas pada setiap kerahan tenaga yang dikeluarkan sehingga detik penetuan semakin hampir. Akhirnya kemenangan dapat diketahui apabila pasukan Darul Quran berjaya menarik tali melepasi sempadan pihak lawan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Darul Quran dan semua pemain yang melibatkan diri dalam perlawanan tersebut! Kerjasama anda amat dihargai. Hadirin bersurai tepat jam 6.30 petang.

Malam Kesenian Islam

Usai mengerjakan solat isya’ berjemaah, semua peserta Bakti Huffaz dan seluruh penduduk Felda Gedangsa dijemput hadir ke Dewan GPW bagi memeriahkan majlis Malam Kesenian Islam. Majlis ini bakal menampilkan beberapa persembahan menarik gandingan kedua belah pihak daripada tuan rumah dan peserta Bakti Huffaz. Antara persembahan yang bakal disajikan kepada para penonton adalah persembahan puisi dan sajak, marhaban, nasyid dan pelbagai lagi.

Para hadirin baik yang muda mahupun yang tua mulai memenuhi ruangan kerusi kosong di bawah kanopi khas untuk menyaksikan persembahan yang bakal bermula sedikit masa lagi. Selain itu, makanan ringan seperti kuih muih dan minuman sirap ais disediakan kepada para tetamu yang hadir untuk bekalan tenaga sepanjang majlis berlangsung.

Sebaik sahaja hadirin memenuhi ruangan yang disediakan, maka majlis terus bersiaran berlangsung. Malam Kesenian Islam telah dipengerusikan oleh dua pengacara duet yang diimport khas daripada peserta Bakti Huffaz iaitu akh Taufiq dan akh Fadzli. Keramahan dan kebijaksanaan mereka mengendalikan majlis mengujakan para penonton sekalian memeriahkan suasana pada malam tersebut.

Antara persembahan menarik yang ditampilkan khas daripada pihak tuan rumah adalah marhaban kaum ibu. Walaupun kurang persediaan, namun mereka masih sanggup mempersembahkan marhaban di hadapan khayalak dan memenuhi undangan permintaan daripada pihak penganjur Bakti Huffaz.

Bagi persembahan nasyid yang menamakan kumpulan mereka sebagai “Shoutul Huffaz” adalah terdiri daripada 4 orang penasyid terkenal di Darul Quran iaitu akh Azizul Hakim, akh Luqman Al-Hakim, akh Khalil Khusairi dan akh Nasrul Yaqin. Mereka mempersembahkan nasyid dalam dua sesi dan antara lagu yang didendangkan adalah hijrah, satu pagi di hari raya dan pelbagai lagu yang menarik. Kesemua hadirin mendengar dendangan nasyid tersebut dengan penuh penghayatan. Pelbagai persembahan turut menyerikan lagi suasana Majlis Malam Kesenian Islam.

Malam beransur kelam, maka majlis yang tadinya penuh dengan tetamu yang berkunjung hadir beransur suram. Kami membantu urusetia majlis menyusun kerusi dan meja kembali ke tempat asal serta mengemas pentas di samping bersedia untuk perjalanan aktiviti yang bakal berlangsung dalam masa berbaki di felda gedangsa.

Bersambung…

Nantikan sambungannya dalam DIARI BAKTI HUFFAZ 2010 (SIRI 2)..

Umar Mujahid

Sabtu/10.56 pagi

9 Oktober 2010/1 Zulkaedah 1431 Hijrah