ITQAN Bowling Tournament 2010


Tanggal 18 Julai 2010 bersamaan hari Ahad yang lalu, Biro Sukan Intelektual Bi Akhlakil Quran(ITQAN) semester 5 telah menganjurkan kejohanan bowling peringkat semester bertempat di Selayang Mall, Selayang. Kejohanan yang dirancang oleh akh Airil Rizman Bin Izhar selaku Ketua Biro Sukan ITQAN telah menampilkan sebanyak 9 kumpulan yang terdiri daripada 36 orang peserta, di mana setiap kumpulan dianggotai oleh 4 orang ahli. Walaupun julung kalinya diadakan, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan sekaligus menaikkan semangat kesukanan dan setiakawan dalam diri para peserta.

Seawal jam 8.30 pagi, kelibat para peserta mula kelihatan di lobi dan wakaf asrama untuk berkumpul sebelum bertolak dengan menaiki bas sewa. Sejurus usai mencicipi juadah sarapan pagi di dewan makan, kami langsung bertolak ke perhentian bas yang terletak berhampiran pos pengawal di luar kawasan Darul Quran. Setelah memastikan kehadiran kesemua peserta yang menyertai kejohanan ini, bas sewa yang tertera nama Majlis Perbandaran Selayang akhirnya memulakan perjalan dengan iringan doa oleh akh Luqman Al-Hakim demi memperoleh keberkatan Ilahi.

Perjalanan berjalan lancar dengan keadaan trafik yang agak lengang pada pagi itu. Walaupun cuaca sedikit terik denagn pancaran sinar mentari yang menebusi tetingkap bas, namun semangat para peserta tidak pernah pudar malah semakin memuncak untuk berentap di gelanggang penentuan. Suasana harmoni berlatar panorama bandaraya metropolitan menunjukkan kemajuan pesat yang telah berlaku di kawasan tersebut. Bas sewa yang kami naiki tetap megah membelah samudera lautan kenderaan yang kian membanjiri kawasan Selayang ketika itu.

Sejam kemudian kami telah tiba di perkarangan Selayang Mall tepat jam 9.15 pagi. Akh Airil telah menyampaikan sedikit taklimat sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang bakal bermula tidak lama lagi. Kenderaan bersimpang siur di perkarangan pasaraya tersebut merebut parking dalam dan luar untuk memulakan aktiviti kegemaran wanita khususnya iaitu shopping. Kami bergerak bersama menuju ke destinasi tumpuan iaitu Pusat Bowling Wangsa Bowl. Setelah melalui tiga trip lif yang mengangkut kami ke pusat bowling tersebut akhirnya tibalah kami ke tempat yang dinantikan. Kami disambut mesra oleh beberapa pekerja yang bertugas sebelum ke frame yang disediakan. Turut sama mengadakan kejohanan di situ adalah para belia termasuk ibu bapa di bawah anjuran Barisan Nasional.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pusat bowling tersebut, masing-masing mula bergerak mencari haluan sendiri sementara pertandingan belum dimulakan. Ada yang membandingkan berat bola yang bakal digunakan dalam perlawanan, ada yang cuba melakukan demo balingan, ada yang ke tandas dan tidak kurang juga yang termenung melihat kelibat orang ramai yang kian membanjiri pusat bowling tersebut.

Hampir beberapa minit berlalu, kesemua peserta diminta bersedia untuk melakukan balingan percubaan selama 5 minit mengikut frame yang ditetapkan bagi setiap kumpulan. Sebaik sahaja lampu dinyalakan di pentas pin disusun, sebiji bola meluncur laju menghentam kedua belas pin tersebut namun nasib kurang menyebelahi si pembaling memandangkan masih ada satu pin yang tertinggal. Balingan kedua akhirnya berjaya menjatuhkan pin terakhir sekaligus melonjak kegembiraan sebagai muqadimah perlawanan yang bakal bermula. Kesemua peserta sempat membuat balingan percubaan sekadar memanaskan badan serta menguji skill baru untuk menjatuhkan pin-pin tersebut.

Masa yang diberikan telah tamat. Para peserta diminta bersedia di frame masing-masing mengikut susunan nama kumpulan yang ditetapkan. Di skrin jelas terpampang nama-nama pemain yang akan melakukan balingan pertama sekaligus merasmikan kejohanan bowling semester ITQAN. Balingan demi balingan dilakukan mengikut susunan pemain dengan skill yang berbeza-beza. Sekalipun masih ada dikalangan peserta yang baru sahaja merasai pertandingan ini sebagai pengalaman kali pertama namun kecekapan mereka sukar untuk dipercayai. Setiap kegagalan bukanlah untuk ditangisi bahkan dijadikan batu loncatan untuk mengumpul kekuatan menyerang balas dengan penuh keyakinan, mungkin inilah semangat juang yang tertanam dalam jiwa para peserta pada hari ini.

Persaingan sengit berlaku dalam setiap kumpulan untuk merebut piala kejohanan bowling yang disediakan oleh pusat bowling tersebut. Pola markah yang tidak stabil benar-benar menghadirkan debaran dalam jiwa ahli kumpulan setiap kali melakukan balingan. Strategi mula diatur dan tidak kurang juga menggunkan kemahiran coach-coach dari kalangan ahli kumpulan sendiri sebagai pendokong semangat sebelum melakukan balingan menghentam pin-pin yang siap terbentang di hadapan mata.

Sorakan kegembiraan dan tepukan gempita menghiasi laman gelanggang perlawanan itu. Strike demi strike dilakukan sekaligus melonjakkan mata ke tempat teratas mendahului pasukan-pasukan lawan. Walaupun kejayaan ditempa dalam beberapa games yang dimainkan namun kegagalan bukanlah bererti putus asa sebaliknya ketika itulah kita mencari titik kelemahan yang sebenar dan belajar untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sedang kami terlalu asyik dengan balingan bola yang mencecah 5 kg megikut tahap berat bola yang dipilih, hidangan rehat bermenukan nasi goreng dalam polisterin telah disediakan oleh pihak penganjur. Bagi mereka yang telah menyempurnakan balingan dalam games tersebut, mengambil kesempatan dalam beberapa helaan nafas untuk menjamah nasi goreng tersebut bersama fresh orange.

Dalam kesempatan itu, kami berpeluang bergambar secara individu, berkumpulan, dan beramai-ramai di pentas bowling yang luas dengan bermacam posing sebagai tanda kenangan dan sejarah pertama yang terlakar dalam taqwim aktiviti ITQAN sendiri. Pihak pusat bowling juga turut tidak ketinggalan mengambil gambar peserta dari Darul Quran sebagai tatapan di ruangan website facebook mereka beralamat wangsabowl@selayang. Bagi mereka yang berkelapangan, bolehlah melawat website tersebut untuk melihat gambar-gambar yang dipaparkan.

Selang beberepa minit kemudian, semua peserta diminta berkumpul di ruangan rehat menghadap kaunter pusat bowling tersebut bagi sesi pengumuman pemenang dan penyampain hadiah. Majlis telah melantik salah seorang wakil pusat bowling untuk mempengerusikan majlis penutupan Kejohanan Bowling ITQAN 2010. Sebnyak lima hadiah berbentuk hamper disediakan kepada lima kumpulan yang mendapat purata jatuhan pin tertinggi. Selain itu, piala kejohanan dan hamper turut disediakan kepada individu yang memperoleh mata teringgi dalam keseluruhan permainan.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya telah menjemput akh Ahmad Humaidi Bin Mohd Sayuti selaku wakil Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran(PERKEMAT DQ) yang juga merupakan peserta kejohanan ini untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Berikut merupakan keputusan Kejohanan Bowling ITQAN 2010 peringkat berkumpulan dan individu:

Top 5 Peringkat Berkumpulan:-

Team Standings

Game 1

Game 2

Game 3

Pins Scratch

AVG

Team Pins

Pins Behind

JOHAN





451

1354


Airil Rizman

153

116

133

402




Hafizul Haziq

78

92

98

268




Nasrul Yaqin

115

133

105

353




Sofee Samae

102

128

101

331












NAIB JOHAN





435

1306

-48

Abu Hurairah

141

135

156

432




Luqman

80

116

80

276




Zufar

93

66

78

237




Sharifuz

97

120

144

361












TEMPAT KE-3





419

1257

-97

Amal Syakir

117

122

83

322




Ridhuan

101

107

85

293




Helman

107

106

109

322




Hafis Zul

98

91

131

320












TEMPAT KE-4





407

1221

-133

Ayub

104

72

67

243




Izzudin

85

140

93

318




Syahid

100

148

125

373




Faisal

91

111

85

287












TEMPAT KE-5





393

1179

-175

Noruddin

109

109

143

361




Abu Dzar

62

79

125

266




Syafiq

67

103

100

270




Hakim

93

81

108

282




Top 10 Peringkat Individu:-

No.

Ind. Standings

Game 1

Game 2

Game 3

Pins Scratch

AVG

Pins Behind

1.

Abu Hurairah

141

135

156

432

144

--432

2.

Airil Rizman

153

116

133

402

134

--402

3.

Syahid

100

148

125

373

124

--373

4.

Taufiq

123

146

103

372

124

--372

5.

Noruddin

109

109

143

361

120

--361


Sharifuz

97

120

144

361

120

--361

7.

Nasrul Yaqin

115

133

105

353

117

--353

8.

Sofee Samae

102

128

101

331

110

--331

9.

Amal Syakir

117

122

83

322

107

--322


Helman

107

106

109

322

107

--322

Sorak sorai kegembiraan jelas kedengaran di corong telinga sesiapa sahaja yang berada di situ. Keputusan yang diumumkan sudah seperti yang dijangkakan apabila kumpulan Airil menjuarai kategori kumpulan dalam kejohanan ini. Manakala Abu Hurairah pula menjuarai kategori individu dengan jatuhan pin terbanyak mengalahkan Airil sebagai first runner up dan Syahid Al-Amin di tempat ketiga. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan bagi mereka yang tidak bernasib baik masih tetap mampu berusaha dengan membaiki kemahiran yang ada hasil latihan dalam ketiga-tiga games yang dipertandingkan.

Majlis tamat pada jam 1.35 petang. Seterusnya, kami dikerahkan untuk bergerak ke surau di tingkat atas Selayang Mall bagi menunaikan fardhu zohor. Walaupun sedikit sempit, namun jumlah kami tetap mampu menampung keluasan surau yang berhampiran dengan tempat parking kereta.

Usai mengerjakan solat, kami terus berpecah mengikut haluan masing-masing ke tempat yang dikehendaki sebelum berkumpul kembali pada jam 3 petang di perkarangan Selayang Mall. Kesempatan itu dimanfaatkan para peserta sebagai peluang keemasan untuk menikmati makan tengahari mengikut tempat yang diingini. KFC, McDonald merupakan antara restoran francais yang kian menjadi tumpuan para peserta walaupun ada sebahagian kami yang menjamah hidangan tengahari di medan selera berhampiran pusat bowling.

Jarum jam hampir sahaja menunjukkan jam 3 petang. Kelibat para peserta mulai muncul seorang demi seorang di perkarangan Selayang Mall. Setelah beberapa minit menunggu ketibaan kesemua peserta untuk bertolak ke pulang, bas Majlis Perbandaran Selayang telah setia menunggu di perkarangan Mall yang dibanjiri kenderaan para pengunjung. Beg-beg plastik pasaraya kelihatan tersisip kemas di tangan para peserta menunjukkan kebijaksanaan mereka menggunkan kesempatan yang ada untuk membeli barang keperluan.

Perjalanan bas sewa berkenaan hanya mengambil masa selama sejam sebelum tiba ke Kampus Darul Quran kerana tidak banyak kenderaan yang melewati jalan tersebut ketika itu. Walaupun rintikan hujan membasahi suasana di luar, para peserta tetap lena dalam keletihan yang mereka rasai dalam kejohanan tersebut. Setiap kenangan dan memori indah yang terlakar amat sukar dilupakan. Detik-detik yang berlalu menjadi semakin indah apabila dikongsi bersama sahabat-sahabat yang tidak berpeluang ke sana.

Peristiwa bersejarah yang melakar tinta secebis kenangan dalam diari kebahagiaan para peserta akan terus disemadikan bersama walau masa kian mencengkam usia. Semoga pengalaman dan detik bermakna yang kami lalui bakal menjadi bukti semangat setiakawan dan kesungguhan dalam kalangan semester ITQAN sendiri.

Wallahu’alam.

Disediakan Oleh,

Exco Lajnah Penerbitan dan Informasi (LATERINFO)

Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ)

Sesi 2009/2010

0 comments:

Post a Comment