Isu Penyebaran Karikatur Rasulullah: Suatu Penghinaan Terhadap Umat Islam

Assalamualaikum w.b.t,

Menemui semua pembaca setia blog Tinta Secebis Harapan, ingin daku luahkan dan kongsikan bersama para sahabat sekalian mengenai realiti kehidupan akhir zaman. Saban hari, kita sering dihebahkan dengan masalah gejala sosial dan pergaulan bebas yang kian “membusuk” di kalangan remaja kita, dan kini masalah yang menimpa umat Islam bertambah parah dengan ketamakan kuasa oleh pemimpin yang telah menghalalkan maksiat serta meluluskan perkara mungkar yang kelak menjadi duri dalam daging dan kembali menyerang umat Islam yang kian berpecah belah. Kita seringkali dimanfaatkan oleh kaum kafir dengan isu furu’ yang tidak pernah selesai, sedangkan masih banyak isu pokok yang boleh dibahaskan oleh golongan ilmuwan demi kebaikan umat Islam itu sendiri.

Namun dunia hari ini benar-benar berubah. Berubah sama sekali daripada apa yang kita impikan sejak lahirnya zaman keemasan Islam di bawah pemerintahan Rasulullah s.a.w dalam menubuhkan negara Islam Madinah setelah berjaya menyatukan kaum Ansar Madinah dan Muhajirin Mekah selepas penghijran berlaku. Kegemilangan khilafah Islamiah suatu ketika dahulu pada zaman Bani Abbasiyyah telah melahirkan pelbagai tokoh ilmuwan terkenal yang berjaya mengangkat martabat Islam di mata dunia. Islam dipandang tinggi oleh segenap golongan malahan orang kafir sendiri memuji-muji kejayaan yang dikecapi umat Islam tatkala itu.

Namun apa yang menimpa ke atas umat Islam masa kini, begitu menyedihkan dengan pelbagai kejadian tragis yang berlaku disebabkan individu Islam itu sendiri. Maka benarlah firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rum ayat 41, mafhumnya: “telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Ikhwah Akhawat yang dimuliakan,

Kemajuan teknologi seringkali kita bangga-banggakan dengan pelbagai kemudahan yang mampu kita nikmati sekarang, namun tidakkah kita sedar bahawa kita sebenarnya dimanfaatkan oleh golongan kafir yahudi yang seringkali membuat onar dan mencari peluang untuk menyingkirkan Islam. Merenung sejenak firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120, yang membawa maksud: “dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.”

Perjalanan dalam menempuh liku-liku perjuangan sentiasa dipenuhi mehnah tribulasi yang seringkali mengancam kita daripada pelbagai sudut sehingga ramai dikalangan pejuang yang berjuang bermati-matian syahid fisabilillah dan tidak kurang juga yang berhenti di pertengahan perjalanan. Apa yang lebih malang, mereka sanggup “futur” dalam perjuangan menegakkan syariat Allah di muka bumi.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu penyebaran Karikatur Rasulullah oleh golongan kafir laknatullah yang berhasil meracuni pemikiran remaja terutamanya, yang semakin “ketagih” dengan kemudahan teknologi alaf ini. Facebook, Twitter, Friendster, merupakan antara websites yang berjaya mencuri tumpuan masyarakat sebaik sahaja kaca mata dihadapakan di skrin komputer. Dalam artikel lalu, saya telah menulis mengenai Isu penggunaan Facebook: Ketagihan dikalangan remaja masa kini, di mana telah saya kandungkan beberapa buah fikiran dan luahan tentang agenda yahudi dalam menjadikan facebook sebagai alat untuk mempermainkan umat Islam. Penyalahgunaan yang berlaku dengan meng “upload” gambar-gambar lucah serta menyebarkan fahaman yang memesongkan akidah kini berleluasa hasil kemajuan teknologi di hujang jari. Dunia kini benar-benar tanpa sempadan apabila sistem perhubungan dan komunikasi mampu berlaku walau dalam jarak yang jauh.

Berbalik kepada isu penyebaran karikatur nabi kita, ingin saya kongsikan beberpa kiriman sms yang telah saya terima daripada rakan-rakan yang prihatin. Antara yang menarik perhatian saya, adalah kiriman sms yang saya terima daripada seorang sahabat jam 4.08 petang bertarikh 25 Mei 2010 yang berbunyi: “Tomorrow is a very challenging day for Muslims around the world.. Because tomorrow on the INTERNET a few non-muslims are organizing a horrible event... Draw MUHAMMAD s.a.w day.. So, as Muslims we have to boycott this event until 31/5.. So, tonight at “12 a.m” just log off from all social sites such as Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, and many more. By doing this these people will face a heavy financial loss insyaAllah.. its time to show our LOVE and RESPECT for our Nabi Muhammad s.a.w.”

Sudah terang lagi bersuluh, agenda yahudi laknatullah benar-benar keterlaluan sehinggakan rasul junjungan kita sendiri dipersendakan dihadapan umatnya. Sebagai umat Rasulullah apatah lagi umat akhir zaman, tidakkah kita terkesan dengan isu yang amat menghinakan ini. Adakah kita seharusnya berdiam diri berpeluk tubuh dan bergoyang kaki di rumah atau rela mengorbankan diri untuk berjuang di jalan Allah? Perumpamaan umat akhir zaman hanyalah diibaratkan sebagai buih-buih di lautan yang akan sirna ditelan badai. Seandainya tiada pihak yang sanggup kehadapan dan bersuara lantang menghentikan agenda jahat golongan kafir laknatullah, maka Islam pasti akan terancam.

Kita memerlukan Islam, bukanlah Islam memerlukan kita. Sesungguhnya Islam adalah ad-deen yang diredhai disisi Allah. Kesyumulan Islam dalam segala aspek, baik daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara menggambarkan Islam bersifat lengkap dan sempurna seiring sunnatullah dan syariatullah. Kejayaan dan kegemilangan Islam terletak pada kekuatan umatnya yang bersatu padu bagi membentuk sebuah daulah islamiah yang kemudiannya membentuk khilafah Islamiah. Namun, berapa ramai di antara kita yang sanggup menyahut cabaran ini? Renung dan fikirkanlah!

Bermuhasabah dan selidikilah amal perbuatan yang kita lakukan seharian. Bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang bersih atau yang masih lagi sihat dan tidak kronik sakitnya, dirinya akan merasa terganggu dan gelisah apabila melakukan dosa. Ditambah dengan sifat malunya sekiranya dosa itu diketahui oleh manusia lain. Bandingkan keadaan ini dengan sikap sebahagian Muslim yang tidak berasa bersalah langsung ketika melakukan dosa. Malah mereka suka dan gembira apabila dosanya itu diketahui oleh orang lain. Semua ini memberi isyarat tentang keadaan hati.

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan”, demikian sebuah hadis yang menyeru umat manusia untuk menghitung kesalahan diri seterusnya berusaha untuk melakukan paradigma diri ke arah yang lebih baik. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Bak kata pepatah, “Buang yang keruh ambil yang jernih”.

Akhir kalam, seuntai kata-kata untuk direnungkan bersama: “Manusia yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa, sedangkan manusia yang memaksa dirinya untuk berubah, mereka itulah yang berjaya.” Sekian untuk coretan kali ini, sebarang komen atau cadangan membina boleh dihantarkan terus melalui e-mel umarmujahid90@gmail.com sebagai batu loncatan ke arah melahirkan generasi harapan yang bakal menggegar dunia. Takbir!!!

“Kegemilangan Ummah Teras Keizzahan Islam”

Umar Mujahid
11.51 pagi
26 Mei 2010/12 Jamadilakhir 1431 H

0 comments:

Post a Comment