Tawakal vs Putus Asa


Tawakal

Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan-Nya pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Thalaq 65:3)

Jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dengan tawakal. Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanyabegitu sahaja di pint masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian saya bertawakal?” Rasulullah s.a.w menjawab, maksudnya: “Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w juga tuut digelar al-Mutawakkil (orang yang bertawakkal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.

Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:

1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran

2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangan-Nya

3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu

menanggung Arasy denagn membaca lafaz: “Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak

Allah”

4. Membentuk sifat optimis tentang segala-galanya

5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t

6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah


Manifestasi Tawakal

Lafaz: “Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah”

atau “Dengan nama Allah aku bertawakal kerana-Nya”


Putus Asa


Putus asa, habis atau hilang harapan merupakan sifat mazmumah yang amat negatif kesannya terhadap individu dan kehidupan seseorang.


Sikap putus asa akan membawa seseorang itu menghentikan sesuatu perbuatan. Misalnya, seorang peniaga yang mendapati hasil jualannya kurang memberangsangkan mungkin akan menghentikan perniagaannya.


Sifat berputus asa hanya layak bagi orang kafir. Allah berfirman maksudnya: “...dan janganlah kamu berputus daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf 12:87)


Allah berfirman mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehigga mereka mengunah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d 13:11)


Terdapat 3 perkara yang menyekat seseorang daripada mendaki tangga kejayaan; jahil, sakit dan putus asa. Namun jahil dan sakit ada penawarnya. Ubat bagi jahil adalah menuntut ilmu, manakala ubat bagi sakit ialah ialah mendapatkan rawatan doktor. Hanya putus asa yang perlu diubati oleh individu yang menderitainya sendiri dengan melawan unsur negatif dalam dirinya dengan azam yang kuat dan tawakal pada Allah.


Sifat putus asa perlu ditewaskan dengan beberapa langkah berikut:

1. Tawakal dengan sepenuh hati

2. Yakin dengan janji Allah dan redha dengan segala ketentuan-Nya

3. Strong will( semangat juang yang tinggi)

4. Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia kan menyubur putus asa

5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai satu sifat yang harus iaitu harus melakukan apa sahaja.

6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang masalah

0 comments:

Post a Comment