Umar Mujahid di Putrajaya |
19 Disember 2012, 11.00 pagi
Inspirasi yg tercetus diminda lantas kusuarakan kepada sahabatku, najmi
ketika kami meluangkan masa untuk menikmati sarapan pagi di kafe econs.. niat
asal hanya untuk mengajaknya ke JPN Taman Melawati bagi mengambil kad
pengenalan yg telah siap.. idea drastik yg pada mulanya kurasakan mustahil
untuk dicapai memandangkan waktu peperiksaan akhir yang kian menjelang,
akhirnya ter realisasi dengan perancangan spontan oleh kami berdua..
24 Disember 2012, 12.00 tengahari
Dengan berbekalkan sedikit simpanan, kami mulakan perjalanan
yang tidak berapa panjang menaiki kereta kancil yang disewa daripada seorang
sahabat.. setelah menikmati sedikit santapan ringan di sebuah kedai makan
sebagai sarapan pada pagi itu, dan setelah segala urusan di jabatan pendaftaran
selesai maka bermulalah ekspedisi kami ke PUTRAJAYA..
Adapun idea untuk ke putrajaya diilhamkan setelah menempuh
perjalanan panjang dari Ipoh ke Gombak..
Setibanya di tol sungai buloh, berdekatan dengan hospital, aku
memberhentikan kenderaan yang kami naiki di sebuah kawasan perhentian sebaik
sahaja melepasi tol tersebut.. sekadar menyimpan duit baki dari bayaran tol,
kami singgah sebentar disitu sambil menikmati keindahan panorama yg tidak
kurang indah tambahan mentari juga baru sahaja menjengahkan wajahnya kepada
penduduk bumi. Tanpa semena-mena datanglah idea untuk meluangkan masa ke
putrajaya bagi merehatkan minda dan mencari kedamaian yg hilang.. huhu.. pada asalnya kami tidak menentukan bila
perancangan akan ke sana namun takdir Allah mendahului perancangan manusia..
dan siapa tahu kami telah pun sampai ke
Putrajaya..
Kembali kepada cerita asal, perjalanan kami ke sana berjalan
lancar walaupun diuji dengan (jem) kerana lambakan kereta di sepanjang jalan
MRR2.. tambahan pula beberapa kali
tersesat mencari jalan ke putrajaya memandangkan sudah lama tidak ke sana..
setelah berputar-putar mencari arah beberapa kali, kami membuat keputusan untuk
mengikuti “signboard” menghala ke PICC Putrajaya..
Sungguhpun kami mengikuti
jalan yang tepat ke destinasi yang dituju namun cukup mengambil masa..
sungguhpun begitu, kami mengambil kesempatan berbual kisah lama sambil
“flashback” memori ketika di sekolah dahulu.. selang beberapa lama kemudian,
akhirnya kami tiba di persimpangan PICC, dan cuba mencari arah ke masjid Sultan
Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi..
Usai menunaikan solat zuhur disana, kami mengambil kesempatan
waktu yang ada untuk mengambil foto sebagai kenangan di masjid yang dikatakan
antara masjid destinasi bagi orang Islam mahupun bukan Islam sendiri kerana
keindahan seni binanya yg mempunyai nilai “aestatik” tersendiri.. Diriku
bertambah kagum dan teruja dengan keajaiban kolam yg terletak di sekeliling
dewan masjid tersebut.. hampir sahaja aku tertipu dengan kemilau yg membiaskan
cahaya pudar mentari yang disorokkan oleh litupan awan yg berarak mendung..
kalau bukan kerana papan tanda yg diletakkan mungkin aku sudah lama terjatuh
dalam kolam tersebut.. huh
Masjid Besi |
Teringat pula pada kisah ratu balqis yang terpesona dengan
lantai istana Nabi Sulaiman yang bersinar laksana kolam sebenar sehingga
terpaksa menyingkap labuhan kainnya untuk melalui singgahsana tersebut.. tatkala itu, hati Balqis mula terusik dengan
keindahan senibina Istana Sulaiman sehingga akhirnya Ratu Balqis dijodohkan
dengan Nabi Sulaiman..
Sambil menikmati panorama indah ciptaan Ilahi di sekeliling
masjid besi, kami sempat mengambil gambar di tempat-tempat menarik terutama di
bahagian beranda yg berhadapan dengan Istana Kehakiman.. Adapun tempat tersebut
pernah menjadi lokasi video klip untuk lagu Imam Muda yang dipopularkan oleh
Mawi dan Akhil Hayy..
Di bawah sebuah galeri yang teletak tidak jauh dari kawasan
beranda tersebut adalah sebuah kawasan yang boleh saya kira sebagai “pasar
mini”.. antara destinasi yang menjadi pilihan kami ialah kafe Masjid Besi
kerana kebetulan sedang mencari lokasi “lunch” yang berhampiran.. Syukurlah,
Allah permudahkan urusan kami.. walaupun tanpa berkasut ke kafe tersebut yang
terletak di dalam masjid, namun pengalaman tersebut cukup manis sebenarnya(klu
nak tau cuba la..hehe).. Sambil kaca televisyen kafe yang menayangkan sebuah
drama Indonesia, kami mula meneliti menu-menu yang tersedia di kafe bergred A
tersebut..
Najmi memilih laksa penang sebagai menu pilihannya sedangkan aku masih tercari2 menu apa yang
sesuai untuk kunikmati ketika itu.. melihat kepada pesanan seorang daripada
pelanggan kafe yang kelihatan menyelerakan,
aku membuat keputusan untuk membuat order yang sama iaitu bihun sup ..
Laksa Penang Masjid Besi |
Semasa kami berbual tentang perancangan serusnya, sahabatku
memberi idea untuk “potretkan” kembara ini sebagai sesuatu yang “meaningful”.
Senang cerita update kat blog.. Sejenak aku berfikir tentang idea tersebut
mempertimbangkan minat menulisku yg pada hakikatnya semakin pudar kian hari
kerana sekian lama jari-jemariku tidak manari2 dengan lincahnya di atas keyboard
laptop..
Lantas, ketika itu jua aku membuka netbook kecilku yang
sentiasa ku bawa bersama-sama sebagai “tools” kecemasan seandainya nak update
berita atau nak siapkan kerja yang diberikan. Maka bermulalah kembali episod
menulis buat diriku setelah hampir setahun ku tinggalkan bidang ini.. lihat
sahaja blog Tinta Secebis Harapan, sudah lama tidak diupdate dengan entry
terbaru daripada diriku sendiri.. huhu
Bihun Sup Masjid Besi |
Selesai menyiapkan beberapa patah perkataan sebagai
muqadimmah bagi kembara ini, kami meneruskan ekspedisi ke jambatan putrajaya
setelah hujan renyai kembali reda.. Menikmati keindahan tasik putrajaya yang
tenang dari sisi jambatan ternyata cukup membahagiakan dan menyejukkan mata
yang memandang.. ketenangan itu ku cuba bandingkan dengan keadaan dirku yg kadangkala
kegelisahan dan kegusaran dengan pelbagai ujian dan masalah.. sekalipun begitu,
jangan dilupa pepatah Melayu ada mengatakan, air yang tenang jangan disangka
tiada buaya.. hehe
Lokasi kembara yang seterusnya terletak tidak jauh dari
jambatan yang kami berada sebentar tadi ialah Dataran Putra dan Masjid Putra.
Hanya tinggal 30 minit sebelum azan asar bakal berkumandang..
Kami mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar
berdekatan dengan bangunan pentadbiran Putrajaya yang berkubah hijau.. tambahan
pula dengan cuaca yang mendung membuatkan
seolah-olah kami berada di tanah tinggi yang penuh kabus .. hehe
Sambil berjalan-jalan melihat tasik putrajaya yang
terbentang luas saujana mata memandang, juga disebalik kelibat kapal dan cruise
yang berlegar-legar di permukaan tasik membawa penumpang, kelihatan beberapa
ekor ikan yang agak besar pada pandangan ku sedang berenang di permukaan air
mencicipi cebisan roti yang dihidangkan oleh para pengunjung yang hadir.
Terpegun juga sebentar melihat saiz ikan yang besar secara “live” berbanding
makan ikan yang telah siap dimasak.. hehe
Panorama Tasik berdekatan Masjid Putra |
Letih berjalan, maka kami membuat keputuan untuk
beristirehat di bangku yang disediakan berdekatan tempat menunggu giliran
cruise tasik.. Pelbagai gelagat dan telatah para pengunjung yang hadir bersama
keluarga masing-masing.. mungkin ada dalam kalangan mereka yang baru pertama
kali sampai ke putrajaya dan terlalu “excited” untuk menangkap gambar dengan
posing yang berbeza dan di lokasi yang pelbagai. Tertarik juga melihat sepasang
suami isteri yang berbangsa Cina bersama seorang anak kecil mereka sedang
bersedia di pinggir tasik untuk melakukan kayuhan pada “sampan khas” yang
disewa.. Nothing to say, but just nice.. hehe.. Hopefully, next time dapat cuba
naik jugak sampan tu.. Sambil-sambil itu, jari jemariku ligat manjalankan
tugasnya untuk merekodkan apa yang berlaku melalui coretan ini.
Beberapa minit setelah menikmati panorama tasik putrajaya,
azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu asar di kawasan putrajaya dan
sekitarnya. Tatkala itu, kami langsung bergegas menuju ke masjid Putra yang
sememangnya lokasi di mana kami berada. Usai mengambil wudhu’ kami terus
menyertai Jemaah asar yang pertama bersama imam. Malangnya, aku tidak
berkesempatan untuk berjemaah bersama imam pertama kerana sudah pun selesai
sebaik sahaja aku melangkah ke dewan solat. Mujurlah ada beberapa Jemaah yang
senasib denganku, maka terlantiklah aku sebagai imam kedua bagi mengimami solat
asar.. haha, dapat jugak jadi imam kat masjid putra..
Selesai menunaikan solat asar, aku dan najmi mengambil
kesempatan di petang itu untuk bergambar di tepi masjid yang berlatarkan tasik
dan jambatan putrajaya. Pelbagai “posing” kami gayakan sebagai kenangan di
Masjid Putra walaupun hanya menggunakan kamera
Samsung Corby I dan II. Sewaktu aku melangkah keluar dari masjid, hampir sahaja
aku terjatuh di dalam kolam air cetek yang berada di halaman masjid. Mujurlah
sempat aku menahan diri daripada terjatuh, kalau tidak ngak tau la apa akan
terjadi.. hehe.. Really nice experience..
Sebaik sahaja keluar dari kawasan masjid, kami menuju pula
ke dataran putra yang menjadi antara lokasi penggambaran yang sesuai kerana
keindahan dan dinamikanya yang dihiasi dengan pelbagai bunga dan landskap yang
menarik. Kelihatan juga ramai pelancong asing yang sedang bergambar bersama
keluarga dan teman.. Bas persiaran juga kelihatan masuk ke kawasan tersebut
secara berbondong-bondong membawa pelancong yang bertandang..
Bergambar bersama Najmi al-Bintangi.. hehe |
Akhirnya, setelah klac kereta dilepaskan, maka kami pun menderu
laju berangkat pulang kembali ke kampus kesayangan kami di Gombak..
Alhamdulillah, walaupun kembara yang hanya memakan masa separuh hari kami
sangat berpuas hati dan gembira dapat meluangkan masa bersama sambil “release
tension” sebelum exam yang hampir mejelang beberapa hari lagi.. Banyak juga
gambar yang diambil sepanjang seharian kami di Putrajaya.. Semoga kenangan
indah ini akan sentiasa terpahat dalam memori sepanjang hayat.. InsyaAllah..
Akhir kalam, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada
najmi kerana sudi menemani, tidak lupa juga buat sahabat yang sudi menziarahi
laman blog ini setelah sekian lama tidak diupdate dan juga kesudian membaca
entry terbaru ini.. Maaf jua dipinta andai ada mana-mana pihak yang terasa
sepanjang meneliti post-post saya selama ini..
Di kesempatan ini, harap belum terlambat untuk saya
mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dan tanamkan azam dan semangat yang baru
untuk melalui liku-liku kehidupan yang sudah tentunya semakin mencabar dewasa
ini..
Sekian dari saya untuk kali ini, sehingga bertemu di lain
masa insyaAllah.. Wassalam =)
Hehe.. Publish!
Umar
Mujahid
13
Januari 2013
3.10
petang