KEMBARA KE PUTRAJAYA

Umar Mujahid di Putrajaya


19 Disember 2012, 11.00 pagi

Inspirasi yg tercetus diminda  lantas kusuarakan kepada sahabatku, najmi ketika kami meluangkan masa untuk menikmati sarapan pagi di kafe econs.. niat asal hanya untuk mengajaknya ke JPN Taman Melawati bagi mengambil kad pengenalan yg telah siap.. idea drastik yg pada mulanya kurasakan mustahil untuk dicapai memandangkan waktu peperiksaan akhir yang kian menjelang, akhirnya ter realisasi dengan perancangan spontan oleh kami berdua.. 

24 Disember 2012, 12.00 tengahari

Dengan berbekalkan sedikit simpanan, kami mulakan perjalanan yang tidak berapa panjang menaiki kereta kancil yang disewa daripada seorang sahabat.. setelah menikmati sedikit santapan ringan di sebuah kedai makan sebagai sarapan pada pagi itu, dan setelah segala urusan di jabatan pendaftaran selesai maka bermulalah ekspedisi kami ke PUTRAJAYA..

Adapun idea untuk ke putrajaya diilhamkan setelah menempuh perjalanan panjang dari Ipoh ke Gombak..  Setibanya di tol sungai buloh, berdekatan dengan hospital, aku memberhentikan kenderaan yang kami naiki di sebuah kawasan perhentian sebaik sahaja melepasi tol tersebut.. sekadar menyimpan duit baki dari bayaran tol, kami singgah sebentar disitu sambil menikmati keindahan panorama yg tidak kurang indah tambahan mentari juga baru sahaja menjengahkan wajahnya kepada penduduk bumi. Tanpa semena-mena datanglah idea untuk meluangkan masa ke putrajaya bagi merehatkan minda dan mencari kedamaian yg hilang.. huhu..  pada asalnya kami tidak menentukan bila perancangan akan ke sana namun takdir Allah mendahului perancangan manusia.. dan siapa tahu kami  telah pun sampai ke Putrajaya..

Kembali kepada cerita asal, perjalanan kami ke sana berjalan lancar walaupun diuji dengan (jem) kerana lambakan kereta di sepanjang jalan MRR2..  tambahan pula beberapa kali tersesat mencari jalan ke putrajaya memandangkan sudah lama tidak ke sana.. setelah berputar-putar mencari arah beberapa kali, kami membuat keputusan untuk mengikuti “signboard” menghala ke PICC Putrajaya..

Sungguhpun kami mengikuti  jalan yang tepat ke destinasi yang dituju namun cukup mengambil masa.. sungguhpun begitu, kami mengambil kesempatan berbual kisah lama sambil “flashback” memori ketika di sekolah dahulu.. selang beberapa lama kemudian, akhirnya kami tiba di persimpangan PICC, dan cuba mencari arah ke masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi..

Usai menunaikan solat zuhur disana, kami mengambil kesempatan waktu yang ada untuk mengambil foto sebagai kenangan di masjid yang dikatakan antara masjid destinasi bagi orang Islam mahupun bukan Islam sendiri kerana keindahan seni binanya yg mempunyai nilai “aestatik” tersendiri.. Diriku bertambah kagum dan teruja dengan keajaiban kolam yg terletak di sekeliling dewan masjid tersebut.. hampir sahaja aku tertipu dengan kemilau yg membiaskan cahaya pudar mentari yang disorokkan oleh litupan awan yg berarak mendung.. kalau bukan kerana papan tanda yg diletakkan mungkin aku sudah lama terjatuh dalam kolam tersebut.. huh

Masjid Besi
Teringat pula pada kisah ratu balqis yang terpesona dengan lantai istana Nabi Sulaiman yang bersinar laksana kolam sebenar sehingga terpaksa menyingkap labuhan kainnya untuk melalui singgahsana tersebut..  tatkala itu, hati Balqis mula terusik dengan keindahan senibina Istana Sulaiman sehingga akhirnya Ratu Balqis dijodohkan dengan Nabi Sulaiman..

Sambil menikmati panorama indah ciptaan Ilahi di sekeliling masjid besi, kami sempat mengambil gambar di tempat-tempat menarik terutama di bahagian beranda yg berhadapan dengan Istana Kehakiman.. Adapun tempat tersebut pernah menjadi lokasi video klip untuk lagu Imam Muda yang dipopularkan oleh Mawi dan Akhil Hayy..

Di bawah sebuah galeri yang teletak tidak jauh dari kawasan beranda tersebut adalah sebuah kawasan yang boleh saya kira sebagai “pasar mini”.. antara destinasi yang menjadi pilihan kami ialah kafe Masjid Besi kerana kebetulan sedang mencari lokasi “lunch” yang berhampiran.. Syukurlah, Allah permudahkan urusan kami.. walaupun tanpa berkasut ke kafe tersebut yang terletak di dalam masjid, namun pengalaman tersebut cukup manis sebenarnya(klu nak tau cuba la..hehe).. Sambil kaca televisyen kafe yang menayangkan sebuah drama Indonesia, kami mula meneliti menu-menu yang tersedia di kafe bergred A tersebut..

Najmi memilih laksa penang sebagai menu pilihannya  sedangkan aku masih tercari2 menu apa yang sesuai untuk kunikmati ketika itu.. melihat kepada pesanan seorang daripada pelanggan kafe yang kelihatan menyelerakan,  aku membuat keputusan untuk membuat order yang sama iaitu bihun sup ..

Laksa Penang Masjid Besi
Semasa kami berbual tentang perancangan serusnya, sahabatku memberi idea untuk “potretkan” kembara ini sebagai sesuatu yang “meaningful”. Senang cerita update kat blog.. Sejenak aku berfikir tentang idea tersebut mempertimbangkan minat menulisku yg pada hakikatnya semakin pudar kian hari kerana sekian lama jari-jemariku tidak manari2 dengan lincahnya di atas keyboard laptop..

Lantas, ketika itu jua aku membuka netbook kecilku yang sentiasa ku bawa bersama-sama sebagai “tools” kecemasan seandainya nak update berita atau nak siapkan kerja yang diberikan. Maka bermulalah kembali episod menulis buat diriku setelah hampir setahun ku tinggalkan bidang ini.. lihat sahaja blog Tinta Secebis Harapan, sudah lama tidak diupdate dengan entry terbaru daripada diriku sendiri.. huhu

Bihun Sup Masjid Besi

Selesai menyiapkan beberapa patah perkataan sebagai muqadimmah bagi kembara ini, kami meneruskan ekspedisi ke jambatan putrajaya setelah hujan renyai kembali reda.. Menikmati keindahan tasik putrajaya yang tenang dari sisi jambatan ternyata cukup membahagiakan dan menyejukkan mata yang memandang.. ketenangan itu ku cuba bandingkan dengan keadaan dirku yg kadangkala kegelisahan dan kegusaran dengan pelbagai ujian dan masalah.. sekalipun begitu, jangan dilupa pepatah Melayu ada mengatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. hehe

Lokasi kembara yang seterusnya terletak tidak jauh dari jambatan yang kami berada sebentar tadi ialah Dataran Putra dan Masjid Putra. Hanya tinggal 30 minit sebelum azan asar bakal berkumandang..
Kami mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar berdekatan dengan bangunan pentadbiran Putrajaya yang berkubah hijau.. tambahan pula dengan cuaca yang mendung  membuatkan seolah-olah kami berada di tanah tinggi yang penuh kabus .. hehe

Sambil berjalan-jalan melihat tasik putrajaya yang terbentang luas saujana mata memandang, juga disebalik kelibat kapal dan cruise yang berlegar-legar di permukaan tasik membawa penumpang, kelihatan beberapa ekor ikan yang agak besar pada pandangan ku sedang berenang di permukaan air mencicipi cebisan roti yang dihidangkan oleh para pengunjung yang hadir. Terpegun juga sebentar melihat saiz ikan yang besar secara “live” berbanding makan ikan yang telah siap dimasak.. hehe

Panorama Tasik berdekatan Masjid Putra
Letih berjalan, maka kami membuat keputuan untuk beristirehat di bangku yang disediakan berdekatan tempat menunggu giliran cruise tasik.. Pelbagai gelagat dan telatah para pengunjung yang hadir bersama keluarga masing-masing.. mungkin ada dalam kalangan mereka yang baru pertama kali sampai ke putrajaya dan terlalu “excited” untuk menangkap gambar dengan posing yang berbeza dan di lokasi yang pelbagai. Tertarik juga melihat sepasang suami isteri yang berbangsa Cina bersama seorang anak kecil mereka sedang bersedia di pinggir tasik untuk melakukan kayuhan pada “sampan khas” yang disewa.. Nothing to say, but just nice.. hehe.. Hopefully, next time dapat cuba naik jugak sampan tu.. Sambil-sambil itu, jari jemariku ligat manjalankan tugasnya untuk merekodkan apa yang berlaku melalui coretan ini.

Beberapa minit setelah menikmati panorama tasik putrajaya, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu asar di kawasan putrajaya dan sekitarnya. Tatkala itu, kami langsung bergegas menuju ke masjid Putra yang sememangnya lokasi di mana kami berada. Usai mengambil wudhu’ kami terus menyertai Jemaah asar yang pertama bersama imam. Malangnya, aku tidak berkesempatan untuk berjemaah bersama imam pertama kerana sudah pun selesai sebaik sahaja aku melangkah ke dewan solat. Mujurlah ada beberapa Jemaah yang senasib denganku, maka terlantiklah aku sebagai imam kedua bagi mengimami solat asar.. haha, dapat jugak jadi imam kat masjid putra..

Selesai menunaikan solat asar, aku dan najmi mengambil kesempatan di petang itu untuk bergambar di tepi masjid yang berlatarkan tasik dan jambatan putrajaya. Pelbagai “posing” kami gayakan sebagai kenangan di Masjid Putra walaupun  hanya menggunakan kamera Samsung Corby I dan II. Sewaktu aku melangkah keluar dari masjid, hampir sahaja aku terjatuh di dalam kolam air cetek yang berada di halaman masjid. Mujurlah sempat aku menahan diri daripada terjatuh, kalau tidak ngak tau la apa akan terjadi.. hehe.. Really nice experience..

Sebaik sahaja keluar dari kawasan masjid, kami menuju pula ke dataran putra yang menjadi antara lokasi penggambaran yang sesuai kerana keindahan dan dinamikanya yang dihiasi dengan pelbagai bunga dan landskap yang menarik. Kelihatan juga ramai pelancong asing yang sedang bergambar bersama keluarga dan teman.. Bas persiaran juga kelihatan masuk ke kawasan tersebut secara berbondong-bondong membawa pelancong yang bertandang..

Bergambar bersama Najmi al-Bintangi.. hehe
Akhirnya, setelah klac kereta dilepaskan, maka kami pun menderu laju berangkat pulang kembali ke kampus kesayangan kami di Gombak.. Alhamdulillah, walaupun kembara yang hanya memakan masa separuh hari kami sangat berpuas hati dan gembira dapat meluangkan masa bersama sambil “release tension” sebelum exam yang hampir mejelang beberapa hari lagi.. Banyak juga gambar yang diambil sepanjang seharian kami di Putrajaya.. Semoga kenangan indah ini akan sentiasa terpahat dalam memori sepanjang hayat.. InsyaAllah..

Akhir kalam, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada najmi kerana sudi menemani, tidak lupa juga buat sahabat yang sudi menziarahi laman blog ini setelah sekian lama tidak diupdate dan juga kesudian membaca entry terbaru ini.. Maaf jua dipinta andai ada mana-mana pihak yang terasa sepanjang meneliti post-post saya selama ini..

Di kesempatan ini, harap belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dan tanamkan azam dan semangat yang baru untuk melalui liku-liku kehidupan yang sudah tentunya semakin mencabar dewasa ini..

Sekian dari saya untuk kali ini, sehingga bertemu di lain masa insyaAllah.. Wassalam =)

Hehe.. Publish!

Umar Mujahid
13 Januari 2013
3.10 petang