Keyakinan Diri


“Kita akan menang! Jangan gentar,” kata seorang panglima perang.

“Jauh panggang daripada api. Bilangan musuh tiga kali ganda mengatasi kita,” kata seorang pemimpin bawahannya.

“Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Dengan kekuatan itu kita akan menang.”
“Apa kekuatan rahsia itu?”

Panglima besar itu berkata dengan tenang.

“Dalam perjalanan ke medan perang kita akan singgah di sebuah masjid. Di situ kita akan bertemu seorang imam yang sangat terkenal kesolehannya. Dialah yang akan memberi kekuatan rahsia itu kepada tentera-tentera kita.”

Sesampai sahaja di masjid berkenaan, panglima besar itu memerintahkan ketua-ketua tenteranya masuk ke dalam masjid. Selepas solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat Hajat dua rakaat, seorang demi seorang dipanggil ke hadapan mihrab untuk bertemu imam yang dimaksudkan.

“Saya akan berikan kamu segulungan kain yang kecil ini. Kamu dikehendaki melekatkan kain ini pada bendera-bendera pasukan kamu. InsyaAllah, Allah akan memberikan bantuanNya,” kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu.

Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh imam. Selepas itu, mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang.

Dalam peperangan itu, setipa anggota tentera berperang dengan begitu bersemangat. Akhirnya, mereka telah mencapai kemenangan.

Masing-masing begitu takjub dengan kesan kain yang mereka bawa itu.”Apa yang ada pada kain ini? Begitu ajaib kesannya.”

“Bukalah untuk mengetahuinya …” ujar panglima besar.

“Tuan! Tidak ada apa-apa… hanya kain kosong!” kata ketua-ketua pasukan terkejut.

“Ya, ia memang hanya sehelai kain kosong,” jawab panglima.

“Jadi bagaimanan ia menjadi begitu ajaib?”

“Kain itu bukan ajaib. Dan kita menang peperangan ini bukan kerana keajaiban kain ini.”

“Jadi kita menang kerana kekuatan apa?”

“Kita menang kerana keyakinan kita. Kita yakin menang sebab itu kita menang. Allah memberi kemenangan kepada orang yang yakin!”

Pengajaran: Keyakinan adalah satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kekuatan lahiriah. Orang yang yakin akan menggunakan segala sumber yang ada padanya secara maksimum. Manakala orang yang tidak yakin akan mensia-siakan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tips Pengguna Facebook


Walaupun harus, pengguna Facebook dinasihati agar mengambil sikap lebih berhati-hati, justeru disarankan:

1. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio, dan sebagainya.

2. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat.perlu diingat ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarkat Facebook.

4. Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.

5. Elakkan ghibah (mengumpat) dalam Facebook kerana telah terang lagi bersulugh bahawa mengumpat yang diibaratkan meakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.

6. Hadkan dan kurangkan perbicangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

7. Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijiangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar “suka-suka” atau sebaliknya.

8. Tidak mepercayai aplikasi titik moden seperti rahsia tarikh lahir dan seertinya yang terkandung dalam aplikasi percuima Facebook, sama ada atas dasar “suka-suka” atau sebaliknya.

Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta parti polituk masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.

Sumber: Petikan artikel Hukum Berkenaan Facebook, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman