Kembara Sufi: “Life Line for Gaza”


Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih memberi peluang dan ruang kepadaku selaku insan yang lemah disisinya untuk terus berjihad melalui mata pena. Bidang penulisan yang sememangnya menjadi minatku sejak di bangku sekolah seringkali mengajakku berbicara memikirkan isu-isu semasa yang melewati hari-hari insan di muka bumi Allah s.w.t. Sekalung penghargaan dan terima kasih daku tujukan kepada semua pembaca setia blog Tinta Secebis Harapan kerana masih setia bersama saya dalam meneroka dunia keajaiban “Rona-Rona Jihad di Mata Pena”.

Jutaan kemaafan dipohon khususnya kepada pelawat setia blog ini di atas kelewatan meng update isu dan artikel baru di atas beberapa masyaqqah yang perlu diaulakan. Semoga dengan artikel yang serba ringkas hasil cetusan semangat dan inspirasi mujahidin dalam menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebatilan yang kian bermaharajalela di muka bumi ini, artikel Kembara Sufi: “Life Line for Gaza” akhirnya berjaya disiapkan sebagai tinta senjata pembangkit semangat mujahid yang kian goyah dan luntur terutama dalam kalangan generasi ulul albab mutakhir ini.

Dunia kini telah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang telah dizahirkan oleh tentera Israel dan Yahudi laknatullahi a’laihim ajmain secara terang-terangan. Pendudukan mereka secara haram di Bumi Palestin menjadi bukti utama dalam usaha menghapuskan cahaya Islam dari muka bumi Allah. Tentera-tentera Israel mula bermaharajalela di tanah suci milik orang Islam dan berlaku sewenang- sewenangnya terhadap saudara seagama kita di Palestin khususnya. Kebanyakan penduduk Palestin menjadi mangsa kekejaman tentera Israel yang semakin mendabik dada mencengkam kuku besi ke atas saudara kita yang tidak bersalah.

Kesannya, ramai dikalangan ibu bapa serta anak-anak kecil telah mati ditembak tanpa sifat perikemanusiaan. Mereka diibartkan sebagai pelarian yang menunggu masa untuk dihabisi. Sudah terang lagi bersuluh, kekejaman tentera Yahudi amat sukar dibendung sekalipun diajak berbincang. Lalu, terlintas di dalam kotak fikiran saya mengenai peranan sebenar yang perlu dilakukan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) selaku pertubuhan yang menjaga hak kebajikan negara-negara yang bernaung dibawahnya. Apakah PBB hanya mampu berdiam diri berpeluk tubuh menyaksikan pertumpahan darah yang berlaku tanpa memberikan sebarang kata putus atau tindakan membanteras kekejaman dunia ini?

Lalu bagaimana pula dengan Persidangan Negara-Negara Islam atau OIC yang mempunyai keahlian yang ramai dalam kalangan negara Islam sendiri tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolong umat Islam di Palestin dan negara-negara yang memerlukan bantuan.

Dalam suatu hadis Rasullah pernah menyatakan, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu dengan keadaan saudara-saudara seagamanya yang lain bukanlah dari kalangan mereka ..” Berdasarkan hadis di atas jelas kepada kita selaku umat Islam untuk menunaikan tuntutan dan kewajipan terhadap saudara seagama kita yang kurang bernasib baik. Mereka bukanlah mahukan bantuan dari sudut kewangan atau sebagainya melainkan doa yang tulus daripada saudaranya dalam usaha mengembalikn tanah suci umat Islam ketiga selepas tanah Haramain.

Bumi Al-Quds telah dinodai dengan pendudukan haram Isreel atas penawanan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama orang Islam. Sejarah telah mencatat mengenai dua pahlawan agung yang berjaya menawan Baitul Maqdis suatu ketika dahulu. Mereka ialah Saidina Umar Al-Khattab yang berjaya menawan Al-Quds daripada tentera kafir laknatullah secara perdamaian dan diikuti oleh kejayaan Salahuddin Al-Ayubi melalui strategi peperangan yang sistematik dan strategik dengan menjadikan strategi peperangan Rasullah sebagai senjata ampuh mengelirukan musuh. Selain itu, Salahuddin turut terkenal dengan kealimannya dan tentera-tentera yang sanggup berjuang demi syahid fi sabilillah. Amalan bertahajjud merupakan amalan wajib yang semestinya ditunaikan oleh tentera-tentera Salahuddin sebelum berhasil menakluk Al-Quds.

Kini, bumi Palestin sekali lagi disimbah darah dengan tragedi menyayat hati sehingga menimbulkan kegalauan dan kebimbangan terhadap umat Islam seluruh dunia dan siapakah wira mujahid seterusnya dalam usaha menawan kembali Baitul Maqdis daripada tangan “busuk” perampas kejam setelah ditawan kembali? Janganlah kita terus menuding jari dan mencari kesilapan orang lain tanpa kita sedari bahawa empat jari lain sedang menuding ke arah diri kita realitinya!

Bangkitlah wahai pemuda untuk terus bergerak maju melangkah ke hadapan melihat dunia yang semakin rapuh dilanda badai kekejaman yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan sepertimana firman Allah s.w.t yang termaktub dalam surah al-Baqarah: “dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela padamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu(kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat untuk menimbulakan tanda tanya dalam benak pemikiran masing-masnig melalui terjahan minda tentang apakah peranan dan tindakan yang telah kita sumbangkan kepada umat Islam hari ini yang memerlukan bantuan baik dari segenap sudut? Sewajarnya sebagai umat Islam yang cakna dengan isu dan keadaan rakyat Palestin hari ini, marilah kita terus berusaha dan berdoa kerana doa adalah senjata paling ampuh orang mukmin dan dalam suatu hadis yang membawa maksud, “Barangsiapa yang mendokan untuk kesejahteraan sahabatnya yang lain tanpa pengetahuan sahabat tersebut, nescaya doa tersebut dimakbulkan”


Kembara Merentas Samudera

Pada akhir bulan Mei yang lalu, sebuah misi bantuan kemanusiaan telah diwujudkan dengan kerjasama oleh aktivis-aktivis antarabangsa yang menyertai flotilla pembebasan dalam LL4G atau Life Line for Gaza. Misi bantuan kemanusiaan yang memulakan pelayaran merentasi samudera telah menampilkan sebanyak enam kapal bantuan yang mengangkut barang bantuan seberat 50,000 tan untuk tujuan pengagihan di bumi Palestin.

Antara kapal terawal yang mula tiba di Perairan Antarabangsa di sempadan Gaza ialah Mavi Marvara yang membawa kebanyakan daripada aktivis Turki dan beberapa aktivis dari negara lain termasuk Malaysia. Perjalanan yang dijangka selamat tiba di sempadan Gaza akhirnya diserang hendap oleh tentera Israel yang telah melakukan pengeboman dan kejafian tembak-menembak dari helikopter yang mereka naiki. Mavi Marwara akhirnya berjaya ditawan lalu ditempatkan di pelabuhan pengkalan Isreal serta dikosongkan muatannya. Dalam serangan tembak menembak itu, 19 aktivis di dalam kapal Turki, Mavi Marwara ditembak mati oleh komando Israel yang mencerobohi kapal itu. Lebih 120 aktivis kebayakannya rakyat Algeria dan Indonesia diiringi polis tentera Israel menuju ke sempadan Isreal ketika itu.

Israel yang menghadapi tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa melangkah segera untuk mengusir bratus-ratus alktivis pro-Palestin yang ditahan semasa serangan maut ke atas flotilla bantuan yang menuju ke Genting Gaza. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Israel mesti dipertanggungjawabkan terhadap insiden tersebut.

Serangan komando Israel dalamkejadian tembak menembak yang lalu telah mencetuskan kemarahan penduduk dunia dan Nicaragua sendiri telah menjadi negara pertama membekukan hubungan diplomatik dengan rejim Yahaudi laknatullah.

Pada 2 jun yang lalu, beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang ditahan dalam satu serbuan Israel ke atas flotilla yang membawa bantuan ke Gaza sebaik tiba di Jordan bahawa mereka telah dikasari dan dimalukan sebelum rejim Yahudi itu mengusir mereka. Seramai 124 aktivis dari 12 negara Islam yang kebanyakannya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, menyeberangi Jambatan Allenby dengan menaiki lima buah bas Jordan. Jambatan tersebut merentasi Sungai Jordan yang berada di bawah kawalan Israel menghubungkan Jordan dan Tebing Barat.

“Mereka sangat kejam dan bongkak, namun mesej kami sampai ke seluruh pelusuk dunia yang menyatakan sekatan ke atas Gaza tidak adil dan perlu ditarik balik segera,” kata penggubal undang-undang Kuwait Walid al-Tabtabai yang turut berada di atas sebuah daripada kapal terlibat bersama-sama aktivis dari negara-negara lain.

Pada Jumaat lepas bersamaan 4 Jun, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan dan beberapa aktivis dari Ireland dan beberapa aktivis dari negara lain termasuk Malaysia dijadualakan tiba di sempadan Gaza pada tengah malamnya atau pagi keesokan hari tanpa sebarang sekatan oleh tentera Israel. Namun nasib yang sama menimpa “Rachel Corrie” setelah berjaya ditawan untuk kesekian kalinya oleh tentetra Israel dan dilabuhkan di pengkalan mereka. Walaubagaimanapun, para aktivis berkenaan telah pun dibabskan setelah ditahan hampir beberapa jam.

Selasa lalu bersamaan 8 Jun, rakyat Malaysia telah menyambut kepulangan aktivis negara yang selamat kembali ke tanah air setelah melalui saat-saat genting semasa menyertai “LL4G” bersama aktivis dari negara lain. Pengalaman ngeri yang mereka alami sepanjang misi dilaksana begitu menyakitkan hati apabila mereka diperlakukan dengan kejam oleh Tentera Isreal laknatullah. Hari ini, penduduk dunia mula membuka mata melihat kekejaman Yahudi yang semakin menjadi-jadi tanpa mengenal erti perikemanusiaan. Maka layaklah mereka digelarkan sebagai syaitan bertopengan manusia!


Tindakan Mengecam Keganasan

Pada 4 Jun yang lalu, Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh ribuan rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi secara aman sebagai tindakan mengecam kekejaman dan kezaliman Isreal terhadap para aktivis misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Seramai 50,000 manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah turun menyertai demonstrasi yang dianjurkan beberapa pihak yang prihatin dengan isu keganasan Israel yang harus segera dibanteras. Demo yang berlangsung sejurus usainya solat jumaat telah berarak secara beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Baik yang muda dan yang dewasa sama-sama menyetai demonstrasi sebagai bukti negara dalam mengecam tindakan ganas Israel yang semakin melampau dan tidak bertamadun. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengeluarkan kenyataan dengan menggalakkan penglibatan orang ramai berdemonstrasi bagi menyatakan ketidak puasan hati terhadap tentera rejim Israel dan Yahudi laknatullah.

Sensitiviti umat Islam jelas diperlihatkan dalam demo yang berakhir sebelum asar di mana pelbagai sepanduk, kain rentang dan bendera HAMAS Palestin dikibarkan sebagai bukti kebencian yang membuak terhadap tindakan ganas Israel. Antaranya seperti Boycott Israel, hapus APCO, disamping teriakan mujahid yang melaungkan kalimah keramat yang menebar jauh ke ruang angkasa. Hancur Yahudi, hancur Israel serta laungan takbir yang bergema menghiasi pesona langit yang cerah petang itu. Jelas tergambar semangat yang terbias di wajah anak-anak muda yang turun bersama melaungkan kata-kata jihad bagi menghapuskan keangkuhan dan kezaliman musuh Allah. Demonstrasi membakar bendera Israel sebagai tanda kebencian menjadi pembakar semangat umat Islam untuk terus menghukum Israel atas segala perlakuannya terhadapa saudara kita di Palestin.

Selain itu, pelbagai tindakan yang boleh dilakukan dalam usaha membanteras kezaliman Yahudi laknatullah. Antaranya dengan memboikot barangan keluaran Israel seperti Kotex, Nestle, Milo,Levis dan sebagainya. Tidak kurang juga pada restoran makanan Francais yang telah membuka cawangan secara meluas hampir ke seluruh pelusuk dunia seperti MacDonald, KFC, dan Starbucks Cafe. Rakyat Malaysia terutamanya dikalangan umat Islam harus lebih cakna dengan isu halal dan haram serta agenda Yahudi di sebalik segala perancangan yang telah dicatur dengan rapi. Tanpa kita sedari, mungkin ramai di antara kita yang telah diracuni pemikirannya dengan makanan yang syubhah sehingga hati digelapkan dan semakin jauh dan terpesong daripada ajaran agama Islam. Kesannya lahirlah generasi manusia yang ingkar pada hukum Allah, melakukan maksiat dan menjauhi segala perintahNYA.


Generasi Ulul Albab

Sungguh, kekejaman dan kezaliman tentera Israel diperlihatkan kepada dunia secara nyata dengan tindakan menyerang kapal Mavi Marmara yang menghantar misi bantuan kemanusiaan diserang di perairan antarabangsa. Tindakan biadap yangtidak bertamadun ini seharusnya dikecam oleh semua penduduk dunia apatah lagi kita di Malaysia yang sepatutnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini. Andai perkara yang sama berlaku ke atas kita, sudahkah kita bersedia menghadapinya dengan situasi dan konflik yang melanda negara? Apatah lagi dengan semangat jihad yang kian luntur terutama dikalangan generasi pemuda yang lebih digelar sebagai ulul albab.

Pemuda tiang agama. Secara rasionalnya, pemuda negara mampu bersatu tenaga membentuk armada jihad dalam segenap aspek demi mengembalikan keamanan dan keharmonian negara bukan sahaja daripada aspek pentadbiran, politik dan sebagainya malahan perhubungan yang tejalin sesama insan di muka bumi Allah. Individu muslim yang sempurna pastinya bakal melahirkan baitul muslim yang sejahtera di samping menerapkan unsur biah solehah dalam institusi kekeluargaan. Maka dengan itu, terscetuslah sebuah mujtama’ muslim atau masyarakat Islam yang mengamalkan prinsip hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Setelah melalui tingkatan sempurna seperti di atas, maka tidak mustahil andai terbentuknya sebuah daulah islamiah yang sememangnya diimpikan oleh seluruh umat Islam yang merindukan zaman kegemilangan Islam sebelum jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah suatu ketika dahulu.

Wajarkah kita terus berdiam diri menikmati kehidupan dengan penuh tawa dan riang sedangkan masih ramai saudara kita yang kurang bernasib baik melewati hari dengan tangisan sayu kehilangan orang tersayang. Bayangkan kediaman yang kita duduki kini berbumbungkan siling mewah dan atap yang kukuh sebagai tempat berteduh daripada hujan namun apakah kita pernah membayangkan kediaman saudara kita di Palestin yang hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit suram yang tidak berwajah.

Apakah masih ada sinar di hari esok? Rakyat Palestin kini sedang menderita dan merintih pilu atas kehilangan tanah yang telah pun dirampas secara zalim oleh rejim Zionis Isreal yang tidak malu membuat onar di tanah bukan miliknya. Seandainya tanah yang kita miliki dirampas secara kejam oleh orang lain lalu bertindak zalim pada ahli keluarga, apakah respon kita sebagai manusia yang tidak berdaya disisiNya? Saya tinggalkan persoalan ini dalam pemikiran para pembaca agar sama-sama berfikir dan merenung sejenak. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Maka dengan itu, renung dan fikirkanlah!

Umar Mujahid

5.50 petang

9 Jun 2010/26 Jamadilakhir 1431H

0 comments:

Post a Comment